Al Mayadeen

Al Mayadeen (Bahasa Arab: الميادين‎; Bahasa Inggeris: The Plazas) ialah sebuah saluran televisyen satelit pan-Arab yang dilancarkan pada 11 Jun 2012 di Beirut, Lubnan.[3] Program utamanya ialah pemberitaan semasa. Ia mempunyai wartawan berita di kebanyakan negara Arab. Dalam pasaran televisyen berita pan-Arab, ia bersaing dengan saluran Al Jazeera dan Al Arabiya, juga bersaing dengan Sky News Arabia dan BBC Arabic Television.[4][5] Semasa pengasasannya pada 2012, kebanyakan kakitangan kanan Al Mayadeen merupakan bekas koresponden dan penyunting dari Al Jazeera. Al Mayadeen dilihat sebagai sebuah saluran pro-Hezbollah dan pro-Pemerintah Syria.[3][6][7][8][9][10][11]Saluran ini sebahagian daripada rangkaian media satelit Al Mayadeen, yang merangkumi sebuah syarikat penerbitan, sebuah stesen radio, sebuah laman web, sebuah syarikat pengiklanan dan projek-projek berkaitan media yang lain.[12] Selain mempunyai ibu pejabat di Beirut,[13] Al Mayadeen mempunyai jaringan berita yang luas dan tiga pejabat wilayah, satu di Tunisia, kedua di Kaherah dengan tiga orang wartawan dan sebuah studio besar, dan ketiga di Teheran.[14]

Al Mayadeen

Bahasa Bahasa Arab
Dilancarkan 11 Jun 2012; 8 tahun yang lalu (2012-06-11)
Eutelsat Channel 25C
Rangkaian Jaringan Media Satelit Al Mayadeen
Siaran langsung Al Mayadeen Pautan LiveStation
Ibu pejabat Beirut
Arabsat Channel 5C
Kawasan siaran Serata dunia[1][2]
Slogan Reality As It Is
Laman web Al Mayadeen TV
Negara Lubnan

Rujukan

WikiPedia: Al Mayadeen http://english.aawsat.com/2012/06/article55241706/... http://english.al-akhbar.com/content/al-mayadeen-t... http://www.arabadmag.com/index.php?option=com_cont... http://www.denverpost.com/breakingnews/ci_20830642... http://www.france24.com/en/20120611-al-mayadeen-tv... http://www.lawfareblog.com/wp-content/uploads/2012... http://www.livestation.com/al_mayadeen/3cbed1a4-e6... http://www.nowlebanon.com/NewsArticleDetails.aspx?... http://www.sandiegouniontribune.com/sdut-new-pan-a... http://www.almayadeen.net/